Wednesday, 3 June 2015

Akhirnya...


Akhirnya... Kelas accom dah habis . Sedih ? Semestinya sedih.Confirm lah tak tipu. Haha ingat lagi mula2 masuk kelas nih awal2 dah kena maki marah semua . Dan ayat yg keluar dr mulut sir drop drop dan drop haha .
  Tak tipu lah yg nk drop nih . Mula2 rasa mcm nk drop sbb asyik kena bebel kan . Tapi pikir jadual dah pack mmg kelas lain tak boleh pilih so buat je pilihan masuk kelas nih . Tahan jelah kan kalau kena bebel tiap minggu pun . Haha
  Tapi lama2 rasa macam dah kebal dengan semua . And sir pun bukannya garang pun hahaha tapi tegas orangnyaa . Rules dia kena ikut ! Tak ikut ha habis lahhh . Kelas nih yg best satu sbb tak mengantuk . Kalau mengantuk aku tak tahu lah kan mcm mana . Dgn suara sir jerit je dah nak tercabut jantung haahah tidur apanya mmg tak lah .

MAMA

 

Walaupun dah lama berlalu tapi masih terngiang-ngiang dalam kepala malam yang penuh bersejarah untuk Kolej Keris Mas. dinner kolej (MAMA).hahah bersejarah sgt . luls . Malam yang bertemakan Kesultanan Melayu Melaka , maka muncul lah hang tuah , hang jebat dan kesemua hang yang adalah . haha macam2 gelagat aku tengok bebudak ni berpakaian. hmm jealous tu memang lah kan sebab kitorg niha ajk kena pakai tshirt biasa je hmm
  Tapi bagi aku jadi ajk nih pun sebenarnya lagi untung . dapat pergi dua2 malam. malam senior dan juga malam junior hahahaa niat lain macam je luls. takdelah kitorg bekerja dekat sana ahhaha jet jet. okaylah xtipu lah ada gak dok usha2 prince charming malam tuh huh kirim salam sekoq pun tarak aku tgk. semuaa hmm entah haha ke aku yang takde mood nak usha sebab kitorg kena buat kerjakan.
  Apa2 pun aku rasa memang cantik sgt DECTAR malam tuh . puas hati selama 2 sem ni bertungkus lumus siapkan propskan . ,macam org gila stressnya . org2 atas semua puji kerja kitorg , pengetua dan felo semua respect ah dkt kitorg . alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.

JANJI

 

First skali nk cakap alhamdulillah . Rezeki Allah bagi pada diri ini . Aku berpeluang untuk merasa mempunyai kereta walaupun sedang belajar . Mak ayah hadiahkan buat aku. Kerana janji2 yang telah pun dibuat .
  Ya janji, janji aku pada ibu bapa untuk buat yang terbaik dan janji ibu bapa pada diri ku untuk beri apa yg termampu jika aku dapat capai apa yg mereka dan aku mahukan . 
   Ya aku tak tipu, dari sekolah ibu bapa mendidik aku dgn beri hadiah kecil2 lan . Pembakar semangat katanya . Nak hadiah ? Nak apa2? Belajar bagus2 . Insyaallah mak ayah boleh tunaikan apa yg diminta. 
  Dengan result yg cemerlang semasa matrik dan jugak dean list untuk first sem ini . Mak ayah janji nak bg aku kereta . yg aku mahukan sebenarnya hanyalah telefon pintar . Tapi mak ayah kata mereka mahu berikan benda yang berfaedah yg boleh membantu aku belajar .ya Kenderaan . Yang memudahkan aku ke sana dan ke sini . 
  Ya allah betapa besarnya pengorbanan ibu bapa yg ingin melihat anak mereka bahagia . Aku rasa agak tertekan untuk terus kan perjuangan ini pada mulanya . Kerana takut jika aku jatuh . Aku tak dapat terima semuanya . Tapi sentiasa aku igtkan diri ini untuk sentiasa usaha+doa+tawakal dan akhirnya redha dengan ketentuan tuhan . Insyaallah aku berJanji kepada diri ini dan ibu bapa untuk buat yang terbaik dalam hidup ini dan semestinya kerana Allah Swt . 
Amin . Salam  :)