Wednesday 25 March 2015

AIR

  


  Assalammualaikum wbt .minggu ni macam takde idea nak cerita pasal apa but memandangkan kolej yang aku diami ni seminggu takde air sampaikan ke tangki pun habis. Membuak2 kemarahan aku kan pasal air takde nih. Aku terpaksa balik tiap2 minggu rumah sebab air takde nih. Mujur rumah dekat je so taklah susah nak balik . Cuma kesian orang yg rumah jauh nak balik pun tak boleh.

  Ukm confession tak payah ceritalah kemain aku scroll je timeline semua pasal isu air. Macam2 diorang persalahkan pentadbiran lah mpp yang tak buat kerja lah . Hm bab ni aku tak mahu bukak mulut lah . Kang salah cakap lain pulak kan . Cuma aku nak persoalkan satu je. Isu air ni dah berkurun lamanya tapi sampai bila tah nak diselesaikan. Haha aku tergelak kecil bila baca group whatsapp aras yang memekak2 persoalkan isu air. Ditanyanya kepada felo takde alternatif ke pasal isu air nih dr dulu ? Jawabnya dulu pernah bina satu salur air paip dalam tanah tapi bila dah siap tak boleh guna sebab air yang disalurkan kotor . Hmm balas pulak sorang pakar ekonomi dalam group whatsapp tuh. "Dah tu kenapa tak fikir risiko sebelum buat saluran tuh?"."kan dah membazir duit dengan kitorang bayar yuran mahalnya." Haha yg felo pun balas "tanya pengetua" hmm seems like dia tak boleh nak balas da suara mahasiswa nih haha .

ALASAN


Perkataan alasan ni sangat command dengan student haha selalunya lah tapi kalau tgk dari segi majority pekerja-pekerja semua pun selalu ada alasan tersendiri dalam melakukan sesuatu. Bukan pelajar sahaja yang punyai banyak alasan orang lain ada dan selalunya alasan ini untuk menyelamatkn diri kita daripada ditimpa masalah yang lebih besar atau nak elak bala haha .

  Alasan ni banyak jenis dan berbeza. Contohnya alasan sakit,alasan tak siap kerja, alasan lambat dan banyak lagi lah ! Dan dia tak lari dari lumrah manusia yang selalu buat silap . Kadang2 ada alasan yang jujur dan tidak jujur. Tapi yang penting point dia dua2 nak selamat kan diri huhu tak kira lah jujur ke tak asal kan dapat selamat kan diri daripada kena terima hukuman . Haha

Friday 13 March 2015

DERMA DARAH



HA! siapa yang belum derma darah tu pergilah derma darah dekat pusat derma darah malaysia. Menurut kajian, malaysia memerlukan 400 penderma darah sehari tau ! bayangkan betapa ramainya pesakit memerlukan darah untuk teruskan hidup. siapa je yang boleh bantu kalau bukan kita kan ? jadi beranikan lah diri anda untuk dicucuk jarum hehe takpe act tak sakit pun. kau akan rasa sakit after dah derma tu. tangan lenguh2 sikit jelah huhu.

  Aku pun sebenarnya penakut jugak awal2 tuh. tapi bila pikir balik sampai bila kalau tak nak mencuba kan ? tengok member2 semua berani je derma darah. takkan aku nak jadi pengecut pulakkan ? jadi aku try jelah.but before aku derma tuh aku buat research dulu pasal kebaikan menderma darah nih. rupa-rupanya banyak sangat kebaikan derma darah nih. seperti dapat mengurangkan berat badan,menambahkan sel darah merah, mengurangkan kanser dan banyak lagi lah.


ULANG TAHUN


  Cakap pasal ulang tahun nih hurmm tak birthday tak ulang tahun couple korang ingat. Heyy ! Tak main lah nak celebrate couple2 nih. Seronok lagi kau celebrate hidup kau yang kau spent dari kau lahir sampailah sekarang. Seronok sikitkan hargai diri sendiri yang kuat tempuh pelbagai dugaan sepanjang hidup nih.

  Bila cakap pasal sambut birthday nih, confirm dengan family lah. Takpun kawan. Takpun dua2. *kalau ada kawanlah kuikui. Alhamdulillah kawan2 aku selalu sambut birthday aku. Tapi paling best mesti dengan family korang sendiri. Dalam family aku time birthday slalu aku takde mintak2 hadiah nih. Unless kalau nak sgt boleh but sambut birthday tkdelah. Thats why aku more tu sambut birthday. Sebab waktu tu lah korang nak spend time dengan family. And bukan tu je. Kau mintaklah kedai makan mana kau nak pergi. Confirm mak ayah kasi. Waktu tu mintak ler kedai memahal sikit :p . Huhu dapat pulak adik beradik 4 orang *bg aku ramai lah . Haha memang meriah lah kan birthday kau. Memekak je dekat restaurant padahal semua dah tua bangka. Haha

Wednesday 11 March 2015

SILAP

  Semua manusia dalam dunia ni tak pernah lari daripada buat kesilapan. Walhal bangun celik je mata kita sudah buat silap. Apa silapnya ? Kita tak ucap alhamdulillah tanda syukur pada allah nyawa masih di panjangkan untuk kita terus mencari pahala untuk dibawa bekalan di akhirat kelak.

  Kesilapan aku didunia nih ? Susah aku nak nyatakan sebab bagi aku kesilapan adalah sangat command pada semua manusia dalam dunia nih. Dan ya aku takkan buka aib aku sendiri . Past is past kita boleh berubah.sebenarnya kesilapan mengajar kita untuk berusaha mencapai apa yang kita nak dan mengubah daripada kegagalan kepada kejayaan.

 Silap ini adalah sangat luas. Aku suka kaitkan dengan ilmu yang aku pelajari. Sebenarnya as a student kita banyak buat silap waktu belajar. Kita pernah tanya tak diri kita. Adakah Allah redha ilmu yang kita pelajari hari ini ? Adakah kita dah sempurna mendapat keberkatan ibu bapa kita dan Lecturer ? Apa yang kita fikir datang kelas, buat assignment n jawab final. Kita tak pernah terfikir ada sesuatu yang perlu kita selesaikan untuk bantu kita success.

 Kita banyak buat silap dari benda sampingan yang kita anggap sangat remeh. Malas nak solat n berdoa pada Allah, tak suka nak minta izin mak ayah. Rude dengan lecturer. Padahal benda yang kita anggap remeh nilah benda yang paling penting untuk kita capai kejayaan. Insyaallah cukup semua ini kita dapat mencapai kejayaan dengan jayanya dan diberkati oleh Allah swt. Wallahualam. :)

Saturday 7 March 2015

HARIMAU

  Penat gila hari tu tak boleh nak cakap macam mana. Pew rasa nak pengsan je sampai bilik . dengannya hari tu kelas pack lepas tu program kolej kene join meeting pulak malam nanti . memang dekat bilik tidur jelah waktu yang ada pun. Lemah longlai kaki aku menapak ke aras tiga nak basuh baju yang dah penuh satu bakul niha . tiba-tiba rakanku zue “weyh nad, ada harimau lah dekat bawah!”.aku yang baru je menapak dua tiga tangga rasa macam dah nak jatuh berguling macam bola bowling yang menunggu masa nak strike ! mujur lah arkitek yang design bangunan nih sediakan pemegang besi dekat tangga. Dekat situ lah aku berpaut waktu nak terjatuh tuh.
  
 

Thursday 5 March 2015

CUTI-CUTI SINGAPORE : UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

 Ramai gila orang impikan nak ke uss ni. Tapi agak sukar atau pun payah sikit lah sebab dah lah tiket mahal pastu nak masuk Singapore kene buat passport.mula-mula aku decide nak pergi dengan adik-beradik je tapi bila fikir balik ni FAMILY VACATION woi bawak mak ayah lah sepatutnya kan ? act bukan sebab tak nak bwk diorg tapi diorg yang refuse tak nak pergi . yelah katanya tempat budak2 . really ? aku tak rasa pun . sumpah sini seronok gila bhai . kau release tension jerit2 lah weyh ! pergh aku cakap once kau dah pergi kau mesti nak pergi lagi sebab satu hari tak cukup nak jalan satu uss tuh . huhu

 Ceritanya begini, aku dgn family aku just amik masa dalam 3 hari je nak pergi uss nih . sehari dekat Singapore and dua hari dekat jb . but before tu aku buat research pasal travel agency yang boleh bawak kitorang masuk uss guna transport diorang. So takyah susah nak bawak kereta sana bagai kan. Bawak diri korang je. So dalam sebulan before aku pergi tu aku call tune hotel dkt jb tu sebab nak book tiket dengan bilik. Buat pengetahuan korang tune hotel ada buat promotion tiket pergi uss . murah lah dia bagi diskaun tapi aku lupa pulak berapa. Haha
ha nilah tune hotel yg aku duduk tu

   Hari pertama aku gerak dari KLpagi2 lagi sebab sampai jb boleh jalan-jalan jap kan huhu. akak aku pulak ada tunang orang sana so dia lah yang bawak kitorang jenjalan jb . okay kat jb makanan favorite aku ialah tauhu bakar . perghh wa cite confirm jilat lidi cucuk tu weyh kuikui sedap bangettt.haha okay back to uss , hari kedua pagi2 lagi kena bangun kumpul dalam 7.30 pagi sebab nak naik bas pukul 8 . Dalam 10.00 am aku sampai singapore sebab jammed gila kan . hmm tapi aku kisah apa. semangat kot nak pg uss kan huhu.
    
    Pukul 10.30 dah ada depan enterance uss tuh, waktu tu jangan cakap apalah berlari pergi dkt globe uss tangkap gambar bagai nak rak lah. ramai gila orang bersempit2 nak bergambar kan. alahh nak amik gambar kenangankan ? bukan senang nak pg selalu huhu.
nah kasi selfie sikik !

 

Wednesday 4 March 2015

Nad :)



  Bismillahirrahmanirrahim… Nama yang diberi Nadrah Aimi Binti Mohd Dalil.Alhamdulillah hari ni cukup usiaku 19 tahun 3 bulan dan 13 hari aku lahir didunia ini . Masih jauh lagi perjalanan ku untuk hidup di dunia ini dan insyaallah mengumpul lebih banyak amalan untuk bekalan yang di bawa ke akhirat kelak. Huhu

  Aku tak tahu macam mana nak start cerita aku sebab aku tak tahu apa yang interesting pasal diri aku.haha aku rasa aku masih normal kehidupan macam orang lain je. Yup aku student and student from ukm. Kehidupan kat sini takdelah teruk sangat memandangkan aku duduk area KL so aku suka balik waktu hujung minggu menjelang hikhiks . yeah aku suka spend time dengan family aku better than kawan-kawan kot. Arghh standard lah tu perempuan kan suka berkepit dengan mak ayah.Lagi satu jimat sikit duit makan aku bila balik rumah hehehe.