Wednesday 27 May 2015

TEKANAN

  Tak tahu kenapa . Kepala otak aku ni sakit je kemain . Hari2 rasa stress . Hari2 nak marah . Aku tak tahu lah tekanan apa yg aku alami nih . Yang pasti bukan lah tekanan jiwa ya . Haha jgn sampai camtu skali . Hmm mungkin sebab final nak dekat dah tapi aku still mcam study tak study je .

  Tak tahu kenapa ada rasa agak menyesal bila join program2 besar2 nih. Fikirkan yang terlalu banyak masa aku habis kan utk sesuatu yang agak hmm bukan nak kata tak bermanfaat tapi bila difikirkan kerja yg dr awal2 dahulu dibuat dan direject untuk last2 minit . Memang sakit hati lah kan . Siapa yg boleh pulangkan balik masa yg telah dibazirkan ? 

PEMBENTANGAN POWERPOINT

  Ingatkan dah habis dah blog . Rupanyaa ada lagi hahahaha okay nasib zue cepat2 send whatsapp dekat aku bgtau tema this week . Pembentangan PowerPoint. Fuh ni yang scary nak cakap pasal ni nih. 

  Okaylah nak cakap lah memang kumpulan kitorg buat lambat2 kerja . Nak cakap alasan busy dgn dinner lah busy dgn teater lah tak worth pun . Beribu pun alasan semuanya dah berlalu . Hmm tapi sebenarnya agak lega lah sebab benda ni dah habis hehe tapi still terkilan jugak sebab semua orang buat gempak2 . Kumpulan kitorg ? Hmm dengannya video send lambat sbb buat hal pulak pagi tu tak boleh send ke email . Padahal malam tu dah try elok2 dah . Hishh 

  Takpelah . Apa2 pun nak ucapkan tahniah kepada ahli kumpulan kami yg sudah berusaha sebaik mungkin sampai Hari presentation tersebut . Tak tidur semalaman fuhh gila korang . Korang hebat sebenarnya. Sekarang ni kita perlu bertawakal je agar hati sir azzwan lembut untuk beri markah pada kita huhu sekian ~~

  

Wednesday 20 May 2015

TEBU

  
boleh patah gigi aku dok gigit benda alah nih huhu

 Kalau cakap pasal tebu mesti terpikir air tebu then minum waktu tengah panas terik kan ? Huh sedap bak hang tekak dapat ayak tebu cenggitu. Tapi apa korang rasa bila makan buah tebu ? Perghh extrem gilaa beb dapat makan buah dia . Sakit gigi aku dok menggigit kulit dia . Nak cabut bagai . Hahaha
 Cakap pasal tebu nih . Dinner kkm bagi tebu as goodies. Ramai gila yang tak amik . Tak reti makan kot . And yup aku pun ! Ha tapi kau bila dinner dah habis . Semua berlawan2 makan tebu . Sape paling cepat habis dia menang . Rahang aku ni dah nak patah dah aku rasa . Sakit woi ! Haha 

LAB TEST

  Hmm tajuk ni tak tahu nak cerita pasal apa . Mcam susah je sama macam susah aku jawab lab test haha kidding . Okay dalam kursus aplikasi komputer nih . Ada dua lab test yang kena jawab . 

  Lab test yang pertama merangkumi microsoft excel dgn Microsoft word . Kena buat mailmerge . Ha yang mailmerge nih aku rasa paling best ! Terasa pandai gila bila dapat buat sijil sekali goreng je hahahahahaha selama ni lampi kan . Biasa lah tu kanak2 baru nk belajar kan . Huhu

  Lab test yang kedua pulak merangkumi data-data yang berrelationship niha . Haih pening woi aku buat Microsoft access nih . Tapi alhamdulillah boleh lah buat lab test 2 tu . Tapi tang lukisan tuh alaaa . Tak tahu betul ke tak . Hoping sir mark lab test tu best2 lah eh huhu

Wednesday 13 May 2015

SIBUK

 Sakit kepala aku memikirkan kerja yang menggunung tingginya mcam nak sampai ke langit dah . Minggu ke-13 semua subjek nak kena ada presentation . Lepas tu minggu tu jugak lah dinner kkm nak ada . Dengan aku kerja kena buat propsnya . Sampai ke tengah malam buat . Bila nak study ? 

  Aku takut sangat kalau aku tak dapat capai apa yang aku mahukan . Final nak dekat tapi sentuh buku pun gitu2 je . Disebabkan banyak hal sampai tak tidur dibuatnya. So bila nk study mesti mengantuk . Ahh benci bila rasa macam tuh. 

  Aku nak baiki paper midsem aku . Tak kisah lah kalau ada yang teruk atau bagus aku redha dengan semuanya sebab semua tu dah berlalu . Sekarang focus pada final . Selagi tak sampai hari kejadian tu . Selagi tu aku masih boleh berusaha.

Kahwin


Pertama sekali nak ucapkan syukur alhamdulillah kerana majlis berjalan dgn lancar dan sempurna pada 10 mei 2015 hari tu . Akak dan abg ipar selamat diijab kabulkan sehari sebelum majlis resepsi dijalankan .

Monday 4 May 2015

10

 Haih nak cerita apa pun tak tahu lah pasal tajuk sepuluh nih . Haha nak cerita pasal pengalaman masa umur 10 tahun pulak dah lupa . Mcm takde benda yang special pun time tu huhuks .

Cuma dalam kepala aku berlegar2 pasal tarikh 10 mei nih . Sebab majlis perkahwinan akak aku . First majlis kahwin yang family aku buat . Takyah cakap lah pasal persiapan . Anak kahwin majlis pertama pulak tuh . Fuhh beli ini beli itu . Berapa tah membazir family aku nih huhu tapi bila fikirkan balik siapa tak nak meriahkan waktu kahwin . Sekali seumur hidup beb . Lagi2 perempuan . Mesti ah nak gempak . Tapi firstly ingat , ikut kemampuan . Jangan disebabkan orang tu buat cantik2 kau pun nak buat mcam dia . Or lagi gempk dari dia . Padahal duit pun takde . Selalu ingatkan akak aku . Duit labur untuk majlis boleh tapi jangan lupa . Duit lepas kahwin jugak . Kang xpasal2 merempt pulak takde rumah kan . 

  Ahhh mesti rindu di lepas nih . Tak pernah berjauhan . Dengannya aku duduk rumah dkt pulak dgn UKM . Tiap2 minggu balik . Akk aku pulak ikut suami dia balik johor . Lagi susah nak jumpa . Lumrah kehidupan . Akan ada masa kita akan berpisah dengan family sama ada perpisahan sementara atau perpisahan selamanya . 

 Aku doakan majlis akak aku berjalan dengan lancar dan juga kehiduapan selepas perkahwinan . Insyaallah semoga Allah sentiasa melindungi akak aku dan sekeluarga . Will miss u kak ngah . Selalu balik kl tau . Huhu

KEMBAR TIGA

  Haha aku ni memang jenis suka layan baby . I mean addicted sangat dengan baby . Video baby semua aku layan . And of course paling suka baby kembar . Ya allah comel sangat ! Semua benda nak sama . Barang exactly mesti sama . Cute gila.

  So aku cuba layan cerita baby dekat tv . Cerita kisah kehidupan sebenar .kamera record kehidupan diorang tiap hari bersama ayah diorang sahaja. Cerita ni cerita korea haha standard ah kpopers mesti tengok cerita korea kan . Tajuk dia The Returns Of Superman . Kalau tanya semua orang tajuk cerita nih mostly memang orang tahu . Terkejut aku bila cerita ni makin popular sebab mula2 aku layan takde siapa tahu . Bila aku start pengaruh orang , semuanya tengok and melekat sampai episod seterusnya . Hahaha bangga cikit ah aku wkwkwk