Wednesday, 1 April 2015

TANGGUNGJAWAB


  Tanggungjawab? Tanggungjawab ni selalunya dikaitkan dengan mak ayah yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap anak2 apabila sebuah keluarga tercipta. Tapi bagaimana pula kita yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa kita yang telah selama ni berjasa terhadap kita ?

   Sebagai seorang anak yang ingin membalas jasa ibu bapa aku sangat selalu pikirkan wang yang suatu hari nanti akan aku cari dengan titik peluh sendiri . Tapi ada tak kita pikir yang betul ke ibu bapa kita mahukan wang kita satu hari nanti ? Adakah hanya dengan sedikit wang boleh puaskan hati mereka? Pernah tak kita pikir yang mereka mahukan kasih sayang kita macam mana yang mereka berikan pada kita?

  Siang tadi ayah whatsapp, suruh bagi no. Ic nak hiba amanah pewaris ASB dia . Bayangkan sampai kan satu hari nanti kalau dia pergi dulu dia tetapkan pikirkan tanggungjawab dia terhadap anak2 dia juga . Dia nak tengok anak2 dia senang. Dia tak nak tengok anak2 dia dalam kesusahan walaupun kitorang beradik semua dah besar2 . Lihatlah betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa kita . Macam mana kita nak balas jasa mereka ? Adakah dengan wang sudah cukup ? Itupun jika mampu ? Jika tidak, mak ayah juga masih menanggung kita sampai ketua . 

  Bila mak ayah dah tua . Semua anak2 dah berkahwin mula lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa. Balik jenguk ibu bapa waktu raya sahaja. Call ? Pun malas kan . Bila mak ayah sakit ada tak kita jaga dia macam mana dia jaga kita sewaktu kita kecil ? Meraung teriak walaupun pening yang sedikit . Sanggup off day sebab nak jaga anak yg sakit hanya sebesar zarah berbanding ibu bapa yang uzur yang bermacam2 penyakit ada pada waktu tua ini. Apa yang kita buat ? Upah orang gaji suruh jaga mereka . Bayangkan , adakah layak ibu bapa yang menjaga kita selama ini dibalas seperti itu ? 

  Fikirkan lah . Mereka juga manusia dan punyai hati dan perasaan . Kadang2 di waktu tua ni lah  mereka cepat sensitive terhadap sesuatu perkara.jaga lah perasaan mereka sebaik-baiknya. Manusia hanya hidup sekali sahaja. Apabila mereka sudah tiada, tiada gunanya meraung kerana semestinya mereka tidak akan kembali lagi. 

  I love you guys so much mak and ayah !



RAKAN SEBILIK


Ha ! Cerita pasal roommate nih pasti korang ingat aku akan cerita pasal roommate aku dekat ukm kan? Haha nope aku nak cerita bekas roommates aku masa dekat kolej matrikulasi pahang dahulu. Kenapa aku nak cerita pasal diorang ? Sebab bagi aku roommates yang aku ada dahulu takkan dapat digantikan dengan mana2 roommate yang bakal ada ataupun sedang ada . Bukan aku nak cakap aku tak syukur dengan roommate skang.roommate skang baik sangat dengan aku and selalu tolong aku . Cuma kitaorg xrapat sgt sebab jarak umur maybe hehe and dia bukan student ukm .budak praktikal dari U lain dtg sini and sewa dkt kolej aku. So dia ada wktu malam je lepas maghrib . So xberapa rapat . Tapi aku still hormat dia sebagai roommate aku.

  Okay mula dari roommate pertama , orang pertama yang aku jumpa mula2 aku menapak masuk dalam bilik tu adalah budak dari pulau pinang.nama dia farwiza irwani and panggil far je. Nampak peramah sebab dia bertegur sape macam dah kenal lama. And yes! Dia mmg peramah and sangat baik. Dia teman untuk bergosip ! Maigod no. 1 kot kalau gosip pasal budak kmph dulu haha. And bestnya kitorang suka sangat cari crush dalam kmph dulu haha bergaduh rebut budak hensem. Huh padahal budak2 tu pun tak kenal pun kitorang . Cett perangai macam kanak2 ribena betullah dulu2 haha tapi itulah cara nak release tension daripada study hard bagaikan dekat kmph. Duduk pulak dekat hutan. Mmg tak de buat apa lah kan.