Wednesday, 13 May 2015

Kahwin


Pertama sekali nak ucapkan syukur alhamdulillah kerana majlis berjalan dgn lancar dan sempurna pada 10 mei 2015 hari tu . Akak dan abg ipar selamat diijab kabulkan sehari sebelum majlis resepsi dijalankan .


 Mestilah orang yang paling gembira ialah ahli keluarga kn ? Lagi2 first adik beradik yang kahwin . Memang tak sabar lah nak raikan majlis tersebut . Majlis kahwin akk buat dekat dewan je . Sebab mak ayah tak nak sepahkan rumah haha . Nikah je dekat rumah . Sanding dkt dewan . Pagi2 pkul 11 je dah ramai dtg . Semuanya sedara mara nun jauh dikampung . Aku boleh plak gerak dewan lambatkan . Kelam kabut nak keluarkan goodies nak bg dkt tetamu nt . Nasib sempat . Sebab makanan catering handle.

  Pukul 1 pengantin dah berarak . Cantik je aku tengok kakak aku berseri pakai baju pengantin bersama pasangan dia . Handsome jgk lah abg ipar aku wakaka . Cett puji over je dua2 nih . Haha

  Dalam pkul 2.30 tiba2 makanan habis. Tak tahu lah pulak jemputan ramai . Mujur pak cik aku pg kedai makan sup meletup dekat situ beli ayam 4 ekor potong kecik2. Jadi tetamu datang so ada jugaklah makanan kan .

  Sesi photography pun bermula dalam 3.30 mcm tuh . Ahli keluarga dan pengantin . Memasing lah nk tngkap gmbar . Baik ahli keluarga mahupun kawan2.
happy mothers day !

  Lepas habis tangkap gmbar , kitorang sempat sambut birthday sepupu kitorang hadi dan sambut mothers day . Haha kelakar lah bagi ucapan pakai mic . Last2 menangis tak tentu arah . Malu je satu dewan dengar . Haha standard lah tu cakap pasal mak ayah mesti sendihkan . Ngeee 

  Bagi aku ini adalah pengalaman yang aku takkan pernah lupakan sampai bila2. Kenapa? Sbb bukan aku yg kahwin pun kan ? Tapi sebenarnya majlis nih telah membawa ikatan yang sempurna baik pengantin mahupun seluruh keluarga. Time2 mcm ni lah nk berkumpul dan bekerjasama dalam buat kerja . Kalau tak susah nak jumpa walaupun hari raya.
keluarga besar belah mak :)

  Kata2 terakhir untuk akak aku . Selamat pengantin baru kak ngah ! Kau dah jadi bini orang dah ! Kau dah ada keluarga baru ! Harap ikatan keluarga dan adik beradik tak pernah jauh walaupun kau dah berkeluarga ! Aku akan rindu kau sebab selalu gaduh dengan kau dari kecik sampai besar . Bertekak tak pernah henti . Apa pun jasa kau buat aku , aku tak akan pernah lupakan . Kau lah kakak terbaik buat aku . Baik buruk kau tetap akak aku. Jadi isteri yang baik buat abang ngah ! Cepat2 dapat baby !  I love you guys . ( taip sambil nangis uhuks)
otw nak pergi honeymoon gitu :P

No comments:

Post a Comment