Wednesday, 4 March 2015

Nad :)



  Bismillahirrahmanirrahim… Nama yang diberi Nadrah Aimi Binti Mohd Dalil.Alhamdulillah hari ni cukup usiaku 19 tahun 3 bulan dan 13 hari aku lahir didunia ini . Masih jauh lagi perjalanan ku untuk hidup di dunia ini dan insyaallah mengumpul lebih banyak amalan untuk bekalan yang di bawa ke akhirat kelak. Huhu

  Aku tak tahu macam mana nak start cerita aku sebab aku tak tahu apa yang interesting pasal diri aku.haha aku rasa aku masih normal kehidupan macam orang lain je. Yup aku student and student from ukm. Kehidupan kat sini takdelah teruk sangat memandangkan aku duduk area KL so aku suka balik waktu hujung minggu menjelang hikhiks . yeah aku suka spend time dengan family aku better than kawan-kawan kot. Arghh standard lah tu perempuan kan suka berkepit dengan mak ayah.Lagi satu jimat sikit duit makan aku bila balik rumah hehehe.

  
  Aku dilahirkan di Bandar yang pesat dengan pembangunan  dan satu-satunya negeri tarikan pelancong iaitu di kuala lumpur. Tepat 6.45 am pada tarikh 21/11/1995 aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur . Keluarga aku menetap di apartment desa tasik ,cheras KL setahun sebelum aku dilahirkan. Jadi aku membesar di kuala lumpur dan aku adalah anak jati KL haha lol

  Aku anak last daripada 4 adik beradik . Aku ada sorang abang dan 2 orang kakak . Adik beradik aku kalau nak cakap kan semua takdelah pandai mana belajar oversea ke apa ke tapi Alhamdulillah masing2 ada diploma dan semua sedang bekerja sekarang.Jadi akulah anak terakhir harapan keluarga . Insyaallah janji aku pada ibu bapa aku takkan aku lupa dan sia-sia kan.Ha ni gambar diorang


well yang kiri tu kakak okay ! walaupun dia kenonet tp dia tetap kakak yang disayangi :)


  Dulu keluarga aku takdelah senang mana, kehidupan keluarga aku semasa aku kecil lagi agak susah sebab waktu itu adik beradik ku masih bersekolah . Aku tak merasakan kehidupan itu kerana bila aku membesar kesemua adik-beradik ku semuanya sudah pun bekerja. Jadi peluang aku untuk mendapat apa sahaja aku impikan agak besar huhu.So mak ayah selalu janji bila aku belajar betul2 apa saje yang nak akan aku dapat. Alhamdulillah mak ayah tak pernah hampakan aku as aku sendiri pun tak hampakan diorang. Tapi bila fikir balik agak melampau diri ini mahukan ganjaran atas apa yang aku lakukan sedangkan mereka yang memberi makan minum aku,hantar aku belajar sampai masuk Universiti , tak pernah merungut kalau aku nak itu ini masa aku belajar. Jadi bila aku masuk universitI ni aku janji aku buat betul-betul sebab nak balas jasa ibu bapa aku dan yang penting kerana Allah swt . Aku nak spend money aku yang first untuk mak ayah dan keluarga . Takpe duit boleh dicari insyaallah. Keberkatan yang dikurniakan oleh Allah swt itu penting jadi berbelanjalah ke jalan yang betul.

   Mak ayah adalah orang yang paling dicintai, tanyalah sesiapapun orang  paling diorang cinta siapa ? mesti mak ayah. Melainkan kaparat mana yang dok sibuk cintan cintun dgn bf/gf tu lantak pi lah . huhu btw aku takde bf okay haha . kalau korang tengok dari mula aku bukak cerita ni banyak pasal mak ayah aku sebut sebab bagi aku, hidup dan jiwa aku adalah separuh daripada mak ayah aku sendiri. Aku tak boleh bayangkan kalau aku takde mak ayah. Macam mana aku hidup , macam mana nk survive makan dan pakaian aku,macam mana aku nak belajar sayang orang huhu. Jadi menghargai kedua ibu bapa adalah sangat penting dalam menjalani kehidupan yang bahagia. Jangan disebabkan bf/gf kau sanggup derhaka dekat mak ayah yang duk pagi petang siang malam cari duit nak bagi korang makan.sekali sekala belanja lah diorg makan kalau dapat duit jpa/ptptn . Tak luak mana pun huhu. okay ! kali ni belanja gambar mak ayah pulak !
i love both of you :')



   Okaylah aku nak tutup kisah aku ni, insyaallah kalau ada yang menarik lagi pasal diri aku . Akan aku kongsi kan dengan lebih detail lagi kahkahkah padahal tak menarik pun. Sekian dariku hamba Allah yang banyak kekurangan .Maaf jika ada salah silap kata dalam cerpen yang tak seberapa ini. Insyaallah akan aku baiki dengan lebih baik lagi  terima kasih sebab sudi membaca !





No comments:

Post a Comment