Perkataan alasan ni sangat command dengan student haha selalunya lah tapi kalau tgk dari segi majority pekerja-pekerja semua pun selalu ada alasan tersendiri dalam melakukan sesuatu. Bukan pelajar sahaja yang punyai banyak alasan orang lain ada dan selalunya alasan ini untuk menyelamatkn diri kita daripada ditimpa masalah yang lebih besar atau nak elak bala haha .
Alasan ni banyak jenis dan berbeza. Contohnya alasan sakit,alasan tak siap kerja, alasan lambat dan banyak lagi lah ! Dan dia tak lari dari lumrah manusia yang selalu buat silap . Kadang2 ada alasan yang jujur dan tidak jujur. Tapi yang penting point dia dua2 nak selamat kan diri huhu tak kira lah jujur ke tak asal kan dapat selamat kan diri daripada kena terima hukuman . Haha
Dalam life uni ni aku tengok paling banyak alasan ialah alasan tak siap kerja atau lambat hantar assignment. Sebabnya wifi tak dapat connect(ini sangatlah betul !) , second kerja subjek lain pun banyak ,haha ketiga busy dengan program kolej/fakulti then tak cukup tidur ,tertidur depan laptop sekali .haha
Sebenarnya bagi aku alasan ini kebanyakaannya orang yang malas suka lakukan. Aku bukan cakap semua but mostly or i mean certain orang yang nak mengelak daripada buat kerja ,suka sangat buat alasan untuk tak nak buat benda tu . Padahal setiap kerja/tugas sebenarnya dah ditetapkan masa untuk kita lakukan supaya tidak ada istilah "tak sempat""busy" untuk laksanakan semua tugas tuh .yup sebagai mahasiswa di ukm ni banyak kerja / tugasan yang perlu dilaksanakan. Yelah kata pelajar ,datang sini nak belajar kan so kena lah buat kerja. So aku lebih suka untuk buat kerja lebih awal supaya takde lah last2 minit aku kelam kabut nak siapkan . Ha! Time tu lah wifi tarak,air tarak :p macam2 lah takde. Jadi ubah lah diri kita supaya menjadi orang yang tidak mereka "alasan" untuk menyelamatkan diri daripada ditimpa musibah :p huhu
Salam dariku si pencoretan alasan 😄
No comments:
Post a Comment