Wednesday, 25 March 2015

AIR

  


  Assalammualaikum wbt .minggu ni macam takde idea nak cerita pasal apa but memandangkan kolej yang aku diami ni seminggu takde air sampaikan ke tangki pun habis. Membuak2 kemarahan aku kan pasal air takde nih. Aku terpaksa balik tiap2 minggu rumah sebab air takde nih. Mujur rumah dekat je so taklah susah nak balik . Cuma kesian orang yg rumah jauh nak balik pun tak boleh.

  Ukm confession tak payah ceritalah kemain aku scroll je timeline semua pasal isu air. Macam2 diorang persalahkan pentadbiran lah mpp yang tak buat kerja lah . Hm bab ni aku tak mahu bukak mulut lah . Kang salah cakap lain pulak kan . Cuma aku nak persoalkan satu je. Isu air ni dah berkurun lamanya tapi sampai bila tah nak diselesaikan. Haha aku tergelak kecil bila baca group whatsapp aras yang memekak2 persoalkan isu air. Ditanyanya kepada felo takde alternatif ke pasal isu air nih dr dulu ? Jawabnya dulu pernah bina satu salur air paip dalam tanah tapi bila dah siap tak boleh guna sebab air yang disalurkan kotor . Hmm balas pulak sorang pakar ekonomi dalam group whatsapp tuh. "Dah tu kenapa tak fikir risiko sebelum buat saluran tuh?"."kan dah membazir duit dengan kitorang bayar yuran mahalnya." Haha yg felo pun balas "tanya pengetua" hmm seems like dia tak boleh nak balas da suara mahasiswa nih haha .

  Bukan nak cakap apa. Kitorang tak kisah kalau nak bayar mahal facilities semua okay and baik punya confirm tak merungut mcam nih . Masaahnya air seminggu takde dengan kitorang pergi menumpang kolej nak mandi. Yang tak bawak kereta tergedek2 naik bas pergi sana . Kan kesian . Bukan tu sahaja, kalau masalah ni satu ukm kitorang boleh terima lagi . Tapi masalah kolej kami sahaja yang terlibat . Kolej lain sedap2 merasa facilities yang elok . Kami? 

  Jadi sebagai mahasiswa , pentadbiran perlu prihatin terhadap kami. Kami tahu  modal mahal untuk baiki/upgrade semua facilities nih. Tapi takkan lah dengan wang yang kami bayar tu tak mampu untuk menampung segala kos ? Benda yang tak kaitan dengan air seronok pulak nak buat . Cctv lah apalah . Kami mahukan keperluan bukan kehendak . Jadi harap2 masalah air ni boleh selesai dengan baiknya dan smooth. Salam dari mahsiswa yang memerlukan air . Ngehh ngehh 😁

No comments:

Post a Comment