Wednesday, 29 April 2015

LAMBAT

First of all sorry sir azzwan update blog lambat ! Serious saya tak tahu pun ada blog masa cuti midsem tu . Uhukss kalau tak saya yakin saya dapat siapkan pada waktu yang dah ditetapkan hihihi 

 Cerita pasal lambat hmm tak tahu nak cakap macam mana . Masih rasa bersalah dengan sir sebab submit blog lambat huhu harap sir maafkan saya :( 

  Kalau nak dikaitkan cerita lambat nih dalam kehidupan aku ialah aku selalu tidur lambat . And yeah untuk sem 2 nih lagi lah mcam tak tidur pun ada . Mana taknya . Kelas pagi ptg . Malam until 12 pm siapkan props dinner kkm . Bila nak stdy? Assignment lg . Hmm tgh2 malam lah nak kena siapkan . Ha dan waktu ni pun dah cecah 1.30 am . Aku baru balik dari buat props . Letih bak hang ! 
Tak sabar nak habiskan semua nih . Aku penat . Syukur sabtu ahad ada rehat . At least rehat daripada buat kerja2 berat yg xhabis2 tuh . Sanggup aku menelaah buku lagi sebenarnya haha dasar pemalas . Okay lah nak tidur ! Sebab taknak LAMBAT dtg kelas sir azzwan esok huhu gudnight !

KUALA LUMPUR


Hmm cakap pasal KL nih orang mesti akan bayangkan kesibukannya baik pagi mahu pun malam . Bernyawa 24 jam . Siang ceritanya lain , malam ceritanya lain . 

  Aku tak nafikan sebagai anak jati kl korang akan rasa janggal bila somewhere yang korang xbiasa lalui mcam sawah padi, kebun or kampung . I mean refer pada orang yang takde kampung lah . Yeah it's  not exactly me la sebab aku ada kampung cuma kampung aku takde sawah dan kampung tu hmm okaylah luar rumah kayu tapi mix dengan rumah batu . So takde jakunis sangat lah dtg kampung tak pernah tengok reban ayamkan . 

  Same with orang yang duduk luar bandar bila datang kl . Diorang sendiri rasa sangat janggal untuk kali pertamalah bila dtg sini . Tapi mostly pun ramai je orang luar skang duk kl . So normallah kl ni di mata sesiapa pun . Cuma nak cakapkan aku bersyukur dapat kenal kl dari kecil . Means aku tahu baik buruk orang dan kegiatan dekat sini . Well sebesar mana aku tahu kl pun aku tetap takut jgk dengan keadaan sekeliling . Bahaya weyh keluar kl sorang2 . Semua orang memerhatikan anda haha luls

PROGRAM PERAKAUNAN

 Haha punyalah aku nak sangat amik course nih sampai dalam blog pun aku cerita . Kenapa course akaun ? Sebab bagi aku akaun adalah separuh jiwa aku . Entahlah banyak sangat kenangan pahit manis dalam satu perkataan "akaun". Aku sangat gilakan nombor . Dari sekolah menengah aku gila akaun .

  Aku sekolah harian biasa je . Bukan lah asrama . So disebabkan aku xpaham cikgu yang ajar aku mula2 akaun . Aku cuba cari alternatif lain dengan pergi tusyen . Alhamdulillah aku dapat jumpa cikgu yg sudi ajar aku . Nama dia cikgu Rizal . Yup dia sangat lah pandai dan dia cikgu akaun yang terbaik yang aku pernah dan tiada lg cikgu selain dia yang hebat mengajara akaun . Dia yang buatkan aku gila dengan akaun . 

  Bukan nak cakap apa, tapi leps dia ajar aku akaun dan aku struggle untuk subjek nih setiap peperiksaan aku mesti akn score 80-90 . Sampaikan aku igt lagi cikgu sekolah aku ada akauntan yg first time jd cikgu so dia blur and dia sendiri tanya aku jawapan . Huhu dah macam aku pulak mengajar dia :p . 

 Alhamdulillah aku score untuk spm akaun A+ . Itu yang aku mahukan dan cita2 aku belum kesampaian lagi selagi aku tak dapat majoring akaun . But its so sad for me sebab aku pilih course ekonomi dkt ukm then quota         Untuk budak ekonomi ambil akaun adalah sikit . Jadi aku harap pointer aku sem 1 ni dapat bantu aku untuk aku ambil course nih . Amin . Tapi aku tetap ingatkan diri untuk semua ketentuan tuhan . Tuhan tahu yang terbaik buat aku . Kalau aku masih majoring ekonomi . Aku tetap akan terima dengan hari yang terbuka :)

FANTASI

Fuhh favorite tajuk nih ! Sebabnya ? Aku suka berangan . Luls . Suka tengok movie2 fantasi macam twilight , spiderman , maleficent ahh semua movie english lah aku suka .

  Kali ni tak nak ah cerita2 serious2 . Just nak share pengalaman aku tengok cerita2 fantasi nih . Haha kelakar bunyinyaa . Tapi aku suka sgt fefeeling tengok cerita2 nih . Pastu sebelum tidur berangan dulu luls .

  Aku rasa cerita yang sangat2 buat aku feeling ialah amazing spiderman 1 & 2 . Nak katakan lakinya hensem sgt biasa je . Haha tapi tulah cerita tu ending yang sangat tak best . Ahhh aku benci love story cam tu ending dia hancusss . 

  Boleh pulak gwen tu mati . Uih aku nangis masa scene tu sampai tamat cerita tu pun aku tak henti nangis lagi . Luls member tak kuat . Sebenarnya yang buat aku suka cerita tu sebab dia takde kuasa gempak2 pun tapi boleh selamatkan dunia hahaha . Takat jentik sana jentik sini . Boleh selamatkan dunia gitu . Heheh 

  Apa2 pun semua tu hanya lah fantasi semata . Tak maknanya org kena gigit dengan labah2 ada kuasa labah2 pulak . Jangan nak berangan sangatlah ya ! 

MIDSEM

Haih stress cakap pasal nih . Bayangkan 3 hari berturut aku exam tak henti2 . Sakit otak weyh . Dengan program kolej yang belambak pulak join . Nasib badanlah jadi bdk first year join semua benda ni lah kan . Ikutkan hati mmg taknak . Tapi dah join dan lagi satu tanggungjawab. Aku takkan lepskan tanggungjawab mcm tu je melainkan mmg dah serious sgt mcm minggu midsem . So aku cancel semua meeting minggu nih . 

  Sorry to ketua program bukan taknak buat kerja but before midsem tu tiap2 malam aku turun pulun kerja nak siap kn sebelum hr program kali ni org lain lah pulak buat . Takkan org yg samakan ? Mestilah kena fair and square . Berbalik pada exam midsem . Jumaat sabtu ahad semua tough paper . Statistik, makroekonomi dan akaun .

  Fuh, bagai nak rak weyh stdy . Aku mmg betul2 nak score . Nak mantain kan result aku dpt masa sem 1 dulu . Tapi bila lama2 aku fikir aku sebenarnya aku kejarkan pointer bukan kerana Allah . Patutlah bila nk belajar susah nak masuk . Sebab aku duk fikir kalau aku xbelajar confirm2 result jatuh . Tapi aku tak pernah pikir kalau aku belajar aku dapat pengetahuan . Knowledge yang tinggi yang dapat buatkan aku jd lebih matang . Seriously belajar sebab exam ? Leps tu lupa ? No way aku tak nak jd mcam tuh . Aku nak manfaat kan ilmu yang aku ada nih baik ilmu didunia mahu pun akhirat . Tak mahu lah jadi orang yg kelulusan tinggi tapi bila tanya gst ? Ekonomi ? Tak boleh nak jawab. 

  Lagi satu bila aku ni anak terakhir yang mak ayah harapkan . Sedih bila teringat mereka . Tapi dalam masa yang sama gembira bila tengok mereka bahagia bila kita dapat sambung belajar tinggi2 . Jadi takkan lah nak separuh jalan je kan ? Mestilah nak akhiri dengan kejayan yang sempurna. Insyaallah aku janji aku akan graduate jugak dan menjadi graduan yang berjaya. Amin  :)

REALITI

Manusia sentiasa bencikan realiti. Kenapa aku cakap begitu ? Kalau kau nak kaya berjuta juta bagaikan dunia ini kau punya . Kau rasa dengan berangan sahaja kau boleh dapat semua tu ? Tanpa usaha ? Penat lelah ? Maki hamun ? Sakit . Itu perkataan yang sesuai dalam realiti ini .

  Sakit untuk capai apa yang kau mahukan . Tapi kau sedar tak semuanya dapat berikan kau kepuasan until infiniti .tanpa kau sedar sakit yang kau alami ni dirawat dengan pencapaian kau dengan jayanya . Tapi tak semua impian menjadi realiti . 

  Kau akan rasa kejatuhan menimpa diri kau bila kau tak dapat capai apa yang kau mahukan . Sakitnya hanya kau yang tahu . Waktu tu baru kau nak mengadap tuhan yang satu ? Bila kau susah ? Kenapa waktu senang kau tak pernah cari Dia ? Thats why kau kena tanya diri kau sama ada kau layak untuk dapat apa yg kau impikan sedangkan kau tak pernah peduli pasal pencipta kau . Persoalkan diri dalam2 . Semua tu adalah dugaan buat diri untuk kita dtg mengadapnya kembali . Jangan pernah toleh ke belakang. Mintalah pertolongan kepada tuhan yang satu . Insyaaallah hidup diberkati . :)

Wednesday, 8 April 2015

PERATURAN

Bercakap soal peraturan ni tak semua manusia boleh mengikut semua aturan yang dibuat atau dibentuk oleh seseorang . Yelah memandangkan peraturan adalah berdasarkan manusia juga jadi lain2 manusia mempunyai etika dan pemikiran yang tersendiri. Tapi itu tidak mengahalang diri kita untuk menjadi yang lebih baik lagi .why not kita pandang dari segi positif kan ? Manusia boleh dibentuk jadi sentiasa lah memaksa diri kita untuk menerima mana2 pendapat supaya pemikiran kita berkembang dengan lebih baik. 

  Semua orang tak suka peraturan. Yelah siapa suka ikut cakap orangkan ? Tapi perasan tak disebabkan peraturan ni jugaklah kita dapat memperbaiki diri kita dengan lebih baik sekarang nih.


Dan peraturan ni takdelah jahat mana, at least kalau mak ayah kau tak ajar kau benda tu kau boleh mendisiplinkan diri kau dengan patuhi peraturan tersebut. Proud kot diri sendiri boleh ikut cakap orang kan ? so jadilah seseorang yang boleh terima apa sahaja ajaran seseorang dengan memandang dari sudut positif . insyallah diri kita pun jadilah positif sentiasa kuikui

ANJING


 Okay tajuk kali ni memang nak cerita pasal anjing okay bukan carutss dekat sini hehe . Okay haih cakap pasal anjing nih kita tahu yang agama islam haram untuk sentuh anjing. Nak kena samak bagaikan. So perception kita kalau ada je anjing nak dekat mesti kita pikir haih mampuih den kalau terkena anjing atau dia gigit mesti kena samak semua kan . So bagi aku kalau aku nampak je anjing kelam kabut lah woi lari huhu. 

  Kenapa aku bukak tajuk anjing nih ? Huh ni semua sebab anjing kacau aku . Not aku lah tapi satu blok tempat aku menetap . Ya allah hanya tuhan je tahu betapa takutnya aku bila dengar anjng menyalak depan bilik aku. Depan bilik weyh ? Corridor tuh. Fuhhh pada waktu pukul 4 pagi haha no joke lah weyh . Dia menyalak pulak seakan minta pertolongan. Bukan menyalak sebab sengaja .
  Hampir setengah jam jugak dia menyalak macam serigala menyalak bila bulan mengambang. Aku toleh ke roommate aku, nampak lah dia macam bergerak2 . Mungkin tak tahan bunyi bising yang sangat kuat bertambah dengung dalam bangunan tu . Yang peliknya kenapa dia naik atas ? Dan kenapa dia nampak ketakutan dan lost ?

Wednesday, 1 April 2015

TANGGUNGJAWAB


  Tanggungjawab? Tanggungjawab ni selalunya dikaitkan dengan mak ayah yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap anak2 apabila sebuah keluarga tercipta. Tapi bagaimana pula kita yang mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa kita yang telah selama ni berjasa terhadap kita ?

   Sebagai seorang anak yang ingin membalas jasa ibu bapa aku sangat selalu pikirkan wang yang suatu hari nanti akan aku cari dengan titik peluh sendiri . Tapi ada tak kita pikir yang betul ke ibu bapa kita mahukan wang kita satu hari nanti ? Adakah hanya dengan sedikit wang boleh puaskan hati mereka? Pernah tak kita pikir yang mereka mahukan kasih sayang kita macam mana yang mereka berikan pada kita?

  Siang tadi ayah whatsapp, suruh bagi no. Ic nak hiba amanah pewaris ASB dia . Bayangkan sampai kan satu hari nanti kalau dia pergi dulu dia tetapkan pikirkan tanggungjawab dia terhadap anak2 dia juga . Dia nak tengok anak2 dia senang. Dia tak nak tengok anak2 dia dalam kesusahan walaupun kitorang beradik semua dah besar2 . Lihatlah betapa besarnya pengorbanan kedua ibu bapa kita . Macam mana kita nak balas jasa mereka ? Adakah dengan wang sudah cukup ? Itupun jika mampu ? Jika tidak, mak ayah juga masih menanggung kita sampai ketua . 

  Bila mak ayah dah tua . Semua anak2 dah berkahwin mula lupa tanggungjawab terhadap ibu bapa. Balik jenguk ibu bapa waktu raya sahaja. Call ? Pun malas kan . Bila mak ayah sakit ada tak kita jaga dia macam mana dia jaga kita sewaktu kita kecil ? Meraung teriak walaupun pening yang sedikit . Sanggup off day sebab nak jaga anak yg sakit hanya sebesar zarah berbanding ibu bapa yang uzur yang bermacam2 penyakit ada pada waktu tua ini. Apa yang kita buat ? Upah orang gaji suruh jaga mereka . Bayangkan , adakah layak ibu bapa yang menjaga kita selama ini dibalas seperti itu ? 

  Fikirkan lah . Mereka juga manusia dan punyai hati dan perasaan . Kadang2 di waktu tua ni lah  mereka cepat sensitive terhadap sesuatu perkara.jaga lah perasaan mereka sebaik-baiknya. Manusia hanya hidup sekali sahaja. Apabila mereka sudah tiada, tiada gunanya meraung kerana semestinya mereka tidak akan kembali lagi. 

  I love you guys so much mak and ayah !



RAKAN SEBILIK


Ha ! Cerita pasal roommate nih pasti korang ingat aku akan cerita pasal roommate aku dekat ukm kan? Haha nope aku nak cerita bekas roommates aku masa dekat kolej matrikulasi pahang dahulu. Kenapa aku nak cerita pasal diorang ? Sebab bagi aku roommates yang aku ada dahulu takkan dapat digantikan dengan mana2 roommate yang bakal ada ataupun sedang ada . Bukan aku nak cakap aku tak syukur dengan roommate skang.roommate skang baik sangat dengan aku and selalu tolong aku . Cuma kitaorg xrapat sgt sebab jarak umur maybe hehe and dia bukan student ukm .budak praktikal dari U lain dtg sini and sewa dkt kolej aku. So dia ada wktu malam je lepas maghrib . So xberapa rapat . Tapi aku still hormat dia sebagai roommate aku.

  Okay mula dari roommate pertama , orang pertama yang aku jumpa mula2 aku menapak masuk dalam bilik tu adalah budak dari pulau pinang.nama dia farwiza irwani and panggil far je. Nampak peramah sebab dia bertegur sape macam dah kenal lama. And yes! Dia mmg peramah and sangat baik. Dia teman untuk bergosip ! Maigod no. 1 kot kalau gosip pasal budak kmph dulu haha. And bestnya kitorang suka sangat cari crush dalam kmph dulu haha bergaduh rebut budak hensem. Huh padahal budak2 tu pun tak kenal pun kitorang . Cett perangai macam kanak2 ribena betullah dulu2 haha tapi itulah cara nak release tension daripada study hard bagaikan dekat kmph. Duduk pulak dekat hutan. Mmg tak de buat apa lah kan.