Wednesday, 29 April 2015

REALITI

Manusia sentiasa bencikan realiti. Kenapa aku cakap begitu ? Kalau kau nak kaya berjuta juta bagaikan dunia ini kau punya . Kau rasa dengan berangan sahaja kau boleh dapat semua tu ? Tanpa usaha ? Penat lelah ? Maki hamun ? Sakit . Itu perkataan yang sesuai dalam realiti ini .

  Sakit untuk capai apa yang kau mahukan . Tapi kau sedar tak semuanya dapat berikan kau kepuasan until infiniti .tanpa kau sedar sakit yang kau alami ni dirawat dengan pencapaian kau dengan jayanya . Tapi tak semua impian menjadi realiti . 

  Kau akan rasa kejatuhan menimpa diri kau bila kau tak dapat capai apa yang kau mahukan . Sakitnya hanya kau yang tahu . Waktu tu baru kau nak mengadap tuhan yang satu ? Bila kau susah ? Kenapa waktu senang kau tak pernah cari Dia ? Thats why kau kena tanya diri kau sama ada kau layak untuk dapat apa yg kau impikan sedangkan kau tak pernah peduli pasal pencipta kau . Persoalkan diri dalam2 . Semua tu adalah dugaan buat diri untuk kita dtg mengadapnya kembali . Jangan pernah toleh ke belakang. Mintalah pertolongan kepada tuhan yang satu . Insyaaallah hidup diberkati . :)

No comments:

Post a Comment